Maklumat Berguna Mengenai Agensi Pembantu Rumah Malaysia

Mengambil seorang pembantu rumah mungkin dianggap mewah untuk sesetengah orang, tetapi bagi pekerja sepenuh masa, terutamanya pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak, ianya akan menjadi satu keperluan.

Di kebanyakan negara Dunia Ketiga, termasuk Malaysia, ianya adalah perkara biasa untuk isi rumah yang berpendapatan sederhana untuk mempunyai seorang pembantu rumah sepenuh masa.

Pembantu-pembantu rumah ini boleh menjaga kebersihan rumah tersebut, membantu dengan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mencuci pakaian, menjaga anak-anak, dan lain-lain lagi.

Kini, ianya tidak lagi mudah untuk anda untuk mencari sendiri seorang pembantu rumah yang berkualiti, namun cara yang terbaik ialah dengan mengupah seoarang pembantu rumah daripada agensi pembantu rumah Malaysia.

Sebuah agensi pekerjaan akan membuat proses pengambilan lebih mudah untuk anda. Mereka akan melakukan pemeriksaan latar belakang untuk memastikan orang tersebut amat dipercayai, dan mereka juga akan membuat pemeriksaan supaya semua pembantu rumah yang tersenarai mampu melakukan semua jenis kerja-kerja rumah.

Maklumat Berguna Mengenai Agensi Pekerjaan di Malaysia:

1. Jenis Agensi

Pada dasarnya terdapat dua jenis agensi pekerjaan yang boleh didapati di Malaysia; agensi pembantu rumah dalam bentuk kumpulan francais yang mempunyai banyak cawangan, dan ada juga "butik" ejen swasta.

Kualiti pembantu rumah yang mereka sediakan tidak mempunyai perbezaan yang besar antara kedua-dua agensi tersebut. Anda boleh mencari seorang pembantu rumah yang boleh dipercayai dan mahir sama ada dalam kumpulan francais atau agensi pembantu rumah persendirian tersebut.

Walau bagaimanapun, dalam kumpulan francais, semuanya dilakukan dengan lebih cepat, jadi anda tidak perlu menunggu lama sehingga anda mempunyai seorang pembantu rumah di rumah.

2. Risiko

Jika anda telah membuat beberapa kajian tentang pembantu rumah sepenuh masa di Malaysia, mungkin anda telah terjumpa beberapa cerita-cerita menakutkan tentang pembantu rumah seperti mencuri wang atau melakukan jenayah lain serta tentang agensi-agensi yang tidak bertanggungjawab.

Akan tetapi, setinggi mana kebolehpercayaan seorang pembantu rumah dan tidak kira berapa baik agensi yang menyediakan pembantu rumah tersebut, namun tidak ada sesiapa yang mampu memberikan jaminan 100%. Jadi ianya sukar untuk mengetahui agensi mana yang benar-benar boleh memberikan seorang pembantu rumah yang boleh dipercayai.

Jadi ianya lebih baik jika anda membuat keputusan berdasarkan tahap risiko yang wujud dalam setiap agensi pembantu rumah Malaysia.

Sebuah agensi pekerjaan malaysia yang ditubuhkan yang tergolong dalam kumpulan dapat menjadi pilihan yang terbaik kerana mereka boleh memberikan anda jaminan bahawa anda akan mendapat pembantu rumah anda dalam tempoh masa yang tertentu, walaupun ada kelewatan, ianya tidak akan menjadi terlalu lama.

3. Jaminan

Jadi, apa jenis jaminan yang anda boleh harapkan dari sebuah agensi pembantu rumah Malaysia? Terdapat sekurang-kurangnya 3 fasal jaminan umum yang anda perlu pastikan supaya mereka wujud dalam kontrak:

a. Penggantian pembantu rumah tanpa bayaran jika pembantu rumah semasa anda melarikan diri dalam 3-6 bulan pertama.

b. Penggantian pembantu rumah tanpa bayaran jika pembantu rumah pilihan anda gagal ujian perubatan.

c. Penggantian pembantu rumah tanpa caj atau latihan lanjut tanpa bayaran tambahan dalam kes pembantu rumah anda sekiranya dia tidak mempunyai kemahiran yang diharapkan.

4. Hiring

Agensi pembantu rumah akan menyediakan senarai calon-calon yang anda boleh pilih. Senarai ini termasuklah foto dan Kurikulum Vitae calon. Anda boleh pilih beberapa daripada mereka kemudian anda boleh menemubual mereka melalui telefon atau Skype.

Apabila anda telah memilih salah seorang calon, agensi itu akan membuat tawaran kepada calon itu, dan apabila diterima, anda perlu membayar yuran awal. Kemudian anda perlu menunggu sehingga pembantu rumah itu tiba dari negara asalnya, biasanya ia akan mengambil masa 3-6 bulan.

5. Pembantu Rumah Asing

Apabila anda sedang mencari pembantu rumah sepenuh masa di Malaysia, ini bermakna anda akan mengupah seorang pekerja asing. Ini kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah sepenuh masa.

Biasanya anda hanya boleh mencari pembantu Malaysia yang bukan pembantu rumah sepenuh masa. Jadi ianya merupakan satu lagi kelebihan yang besar untuk menyewa melalui agensi, kerana anda tidak perlu berurusan dengan semua permasalahan mengenai visa, permit kerja, pengaturan perjalanan dan hal-hal lain.

Agensi pekerja asing akan melakukan segala-galanya untuk anda.

6. Tanggungjawab Agensi Pembantu Rumah
 
Berikut adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang paling penting dalam agensi pekerja asing yang anda perlu tahu:

a. Menyediakan anda senarai calon-calon pembantu rumah dengan maklumat yang lengkap (umur, status perkahwinan, pengalaman)

b. Memberikan anda pecahan kos

c. Memberitahu anda tentang dokumen yang dikehendaki oleh imigresen

d. Memberitahu anda maklumat terkini mengenai status permohonan anda

e. Pengendalian susunan perjalanan pembantu rumah tersebut sehingga dia tiba

f. Memastikan pembantu rumah tersebut mempunyai kemahiran yang diperlukan dan menyediakan latihan yang diperlukan

g. Menasihati anda mengenai susulan prosedur 

7. Bayaran

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kadar upah semakin meningkat, dan kini bakal majikan mungkin perlu membayar sehingga RM10,000 sebagai bayaran awal untuk mengupah seorang pembantu rumah. Jumlah bayaran bergantung kepada negara asal pembantu rumah tersebut serta beberapa perkara lain seperti berikut:

a. Yuran asal agensi tempatan dan agensi di negara pembantu rumah tersebut 

b. Gaji pembantu rumah 3-6 bulan yang pertama 

c. Yuran guaman daripada kerajaan

d. Insurans perubatan

e. Permit kerja tahun pertama dan levi

f. Perjalanan dan penginapan pembantu rumah tersebut 

8. Tempoh Kontrak

Kebanyakan agensi pembantu rumah di Malaysia menyediakan kontrak standard 2 tahun.

9. Negara Asal Pembantu Rumah Tersebut

Pembantu rumah asing di Malaysia datang dari pelbagai negara termasuk Filipina , Thailand, Kemboja, Indonesia , Bangladesh dan India. Dapatkan maklumat tentang latar belakang budaya mereka dan mohon maklumat tersebut daripada agensi anda.

Ini akan membantu anda berhubung dengan pembantu rumah anda dan mengelakkan sebarang salah faham budaya pada masa hadapan.

10. Dapatkan Rujukan

Lakukan penyelidikan anda, dapatkan cadangan daripada orang yang telah mengupah seorang pembantu rumah. Jangan hanya pergi ke salah satu agensi pembantu rumah Malaysia untuk mendapatkan pembantu rumah anda.

Carilah beberapa agensi yang baik dan buat perbandingan antaranya.

Akhir sekali, anda juga perlu mempercayai naluri anda apabila memilih agensi pekerjaan dan seorang pembantu rumah. Kadangkala ianya dapat membawa anda ke arah yang betul.